10 September 2026, CIAST Shah Alam - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak menghadiri Hari Terbuka CIAST 2026 yang berlangsung di CIAST Shah Alam, Selangor. Program ini diadakan bersempena dengan penganjuran pertandingan kemahiran berprestij, WorldSkills Malaysia Belia (WSMB).
Kehadiran delegasi IKBN Peretak ke program ini melibatkan seramai 35 orang pelajar Jurusan Perekaan Gaya Rambut yang terdiri daripada pelajar semester 1 dan 3 serta diiringi oleh 2 orang pegawai pengiring. Lawatan ini memberi peluang dan pendedahan berharga kepada para pelajar untuk melihat sendiri standard kemahiran tahap tinggi yang dipertandingkan.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar IKBN Peretak telah memanfaatkan peluang mengunjungi pelbagai ruang lawatan yang disediakan termasuk pameran teknologi terkini dan inovasi TVET. Mereka juga berpeluang menyaksikan kehebatan aksi para peserta dalam pelbagai bidang kemahiran WSMB yang dipertandingkan, sekali gus menyuntik inspirasi dan meningkatkan penandaarasan kemahiran mereka sendiri.
Suasana hari terbuka bertambah meriah apabila para pelajar berkesempatan menyertai aktiviti interaktif "Try-A-Skill" yang menguji bakat dan memberikan pengalaman hands-on dalam kemahiran baharu. Tidak ketinggalan, ada juga dalam kalangan delegasi yang menyertai aktiviti "Treasure Hunt" yang menguji kecekapan berkumpulan dan memeriahkan lagi pengisian program lawatan kali ini.
