PROGRAM KURSUS JANGKA PENDEK FUTURE YOUTH SKILLS TAHUN 2026 : HAIR CUTTING

    PROGRAM KURSUS JANGKA PENDEK FUTURE YOUTH SKILLS TAHUN 2026 : HAIR CUTTING

     
    IKBN Peretak, 10 Jun 2026 - Program Kursus Jangka Pendek Future Youth Skills Tahun 2026 : Hair Cutting telah dilaksanakan dengan jayanya, melibatkan 20 peserta dari Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan. Kursus yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran golongan muda ini memfokuskan kepada teknik potongan rambut yang terkini dan relevan dalam industri kecantikan seperti potongan lurus, berlapis dan rambut lelaki.

    Kursus ini berlangsung dari 8 hingga 10 Jun 2026 di Bengkel Catagen, Jabatan Teknologi Kosmetologi. Peserta diberikan pendedahan praktikal dan teori oleh dua orang penceramah berpengalaman, iaitu Puan Hafizah Binti Rumli dan Puan Janefer Faridah Binti Baharuddin. Mereka berdua berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang potongan rambut, memberikan bimbingan yang berguna kepada peserta.

    Dengan adanya program ini, diharapkan peserta dapat memanfaatkan kemahiran yang dipelajari untuk meningkatkan pencapaian dalam kerjaya masa depan mereka. Institut melihat inisiatif ini sebagai langkah positif dalam membantu golongan muda yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik melalui kemahiran yang relevan dalam industri kecantikan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.