IKBN PERETAK KUKUHKAN JARINGAN INDUSTRI MELALUI SESI DIALOG BERSAMA DERMALENE

    IKBN PERETAK KUKUHKAN JARINGAN INDUSTRI MELALUI SESI DIALOG BERSAMA DERMALENE

     
    11 April 2026, Shah Alam – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah mengadakan sesi dialog industri bersama Dermalene Sdn. Bhd. sempena majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran syarikat tersebut. Sesi ini menjadi platform strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi TVET dan pihak industri.

    Antara perkara yang dibincangkan:
    1. Peluang pekerjaan di cawangan Alene Wellness yang dijangka beroperasi pada tahun ini serta cawangan baharu Dermalene di Melaka
    2. Rekod dan perkembangan pelajar IKBN Peretak yang kini sedang berkhidmat sebagai staf Dermalene
    3. Hasrat Dermalene untuk mendapatkan perkongsian kepakaran dari IKBN Peretak

    Sesi ini turut memperkukuh hubungan dua hala antara IKBN Peretak dan industri, di samping membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik dalam pembangunan modal insan TVET, khususnya dalam bidang terapi kecantikan dan industri kecantikan profesional.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.