IKBN PERETAK PERKASA TVET: SASAR LEPASAN SPM 2025 BAGI PENGAMBILAN SESI 2/2026

    IKBN PERETAK PERKASA TVET: SASAR LEPASAN SPM 2025 BAGI PENGAMBILAN SESI 2/2026

     
    11 April 2026, Klang : Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak terus mempergiat usaha mempromosikan pengambilan pelajar bagi sesi 2/2026 yang dijadualkan pada Julai ini melalui penyertaan dalam Program Jom Jejak Ke Kolej TVET anjuran Pejabat Ahli Dewan Negeri Selangor (DUN N48). Program ini menyasarkan belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi memberi pendedahan awal mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

    Sepanjang program berlangsung, para pengunjung yang hadir di reruai IKBN Peretak berpeluang mendapatkan maklumat terperinci mengenai pelbagai bidang latihan yang ditawarkan. Selain itu, demonstrasi kemahiran turut diadakan sebagai tarikan utama, termasuk aktiviti menghasilkan produk kreatif seperti bookmark dan brooch (kerongsang) menggunakan bahan terpakai. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman praktikal kepada pengunjung, malah mengetengahkan potensi menjana pendapatan melalui kemahiran yang dipelajari selaras dengan usaha melahirkan graduan berkemahiran dan berjiwa keusahawanan.

    Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Puan Rozana binti Zainal Abidin, Setiausaha Politik Menteri Pendidikan serta Yang Berhormat Dr. Gunaraj G, yang juga merupakan Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat kepada Dato’ Menteri Besar Selangor. Kedua-dua tetamu kehormat ini turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan SPM 2025 kepada para pelajar yang cemerlang.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.