- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 20
IKBN PERETAK MERIAHKAN MINI KARNIVAL SUKMA 2026 HULU SELANGOR
KUALA KUBU BHARU, 11 Ogos 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak turut mengambil bahagian sebagai pempamer dalam Mini Karnival SUKMA 2026 Daerah Hulu Selangor yang berlangsung bersempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 bagi acara Bola Sepak Wanita.
Penyertaan IKBN Peretak dalam program ini bertujuan memperkenalkan peluang pendidikan dan latihan kemahiran TVET kepada masyarakat, khususnya golongan belia di samping memberi pendedahan mengenai program pengajian serta laluan kerjaya yang ditawarkan di institut.
Sepanjang program berlangsung, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif seperti demonstrasi lipatan napkin dan aktiviti putting mat golf, selain mendapatkan informasi berkaitan peluang pendidikan dan kemahiran di IKBN Peretak.
Mini Karnival SUKMA 2026 ini berlangsung pada 11, 13, 15, 17 dan 19 Ogos 2026, bermula jam 2.00 petang sehingga selesai perlawanan, bertempat di Kawasan Parkir Baharu, sebelah Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu.
Jom singgah!
