IKBN PERETAK SAMBUT KUNJUNGAN HORMAT SMK SYED MASHOR TEROKA KERJASAMA PENGANJURAN PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

    IKBN PERETAK SAMBUT KUNJUNGAN HORMAT SMK SYED MASHOR TEROKA KERJASAMA PENGANJURAN PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

     
    IKBN PERETAK, 10 Februari 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Mashor, Batang Kali. Sesi perbincangan ini diadakan di Bilik Mesyuarat Utama IKBN Peretak bagi membincangkan inisiatif kolaborasi antara kedua-dua institusi. Delegasi SMK Syed Mashor terdiri daripada Penolong Kanan Kokurikulum, En. Rusli bin Radzi, dan Penolong Kanan Pendidikan Khas, Pn. Siti Nazmin binti Mohd Yatim, yang disambut oleh Pengarah IKBN Peretak.

    Fokus utama perbincangan adalah mengenai perincian kerjasama teknikal untuk penganjuran Karnival Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Daerah Hulu Selangor Tahun 2026. SMK Syed Mashor selaku pengelola karnival berhasrat memanfaatkan kepakaran serta kemudahan fasiliti yang sedia ada di IKBN Peretak. Program penting ini dijadualkan akan berlangsung pada awal Mei 2026, dan sokongan IKBN Peretak diyakini dapat memastikan kelancaran dan kejayaan acara tersebut.

    Kolaborasi strategik ini dijangka mampu memperkasakan potensi murid berkeperluan khas dengan memberikan mereka pendedahan kepada persekitaran latihan kemahiran yang kondusif. Usaha ini adalah selaras dengan objektif karnival untuk meningkatkan nilai kebolehpasaran dan keyakinan diri murid. Selain itu, jalinan kerjasama ini juga diharap dapat mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan dengan agensi latihan kemahiran negara.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.