SESI KUNJUNGAN HORMAT ALUMNI IKBN PERETAK (BARU) 2026

    SESI KUNJUNGAN HORMAT ALUMNI IKBN PERETAK (BARU) 2026

     
    IKBN Peretak telah menerima kunjungan hormat daripada Alumni IKBN Peretak yang baharu dilantik dalam satu sesi rasmi yang berlangsung pada 10 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IKBN Peretak. Program ini dianjurkan sebagai platform mengeratkan hubungan strategik antara pihak pengurusan institut dan barisan alumni.

    Sesi kunjungan hormat ini bertujuan memperkenalkan Alumni IKBN Peretak yang baharu dilantik serta membuka ruang perbincangan hala tuju dan potensi kerjasama program antara alumni dan pihak IKBN.

    Turut diadakan sesi perkenalan bersama Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri binti Md Shariff, yang menjadi medan perkongsian pandangan serta idea ke arah pengukuhan jaringan alumni.

    Melalui perbincangan yang berlangsung, beberapa cadangan program kolaborasi telah diketengahkan sebagai usaha menyokong pembangunan pelajar serta memperkukuh peranan alumni dalam menyumbang kepada kecemerlangan IKBN Peretak pada masa akan datang.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.