- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 19
IKBN PERETAK TEROKAI TREND INDUSTRI MAKANAN & MINUMAN DI MIFB 2026
16 Julai 2026, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) - Pegawai daripada Jabatan Hospitaliti dan Cawangan Hubungan Industri IKBN Peretak telah mengadakan lawatan ke Malaysia International Food & Beverage Trade Fair (MIFB) 2026 bagi mendapatkan pendedahan terhadap perkembangan terkini industri makanan dan minuman serta teknologi yang digunakan dalam sektor berkenaan.
Sepanjang lawatan, para pegawai berpeluang meninjau pelbagai pameran, bertukar pandangan dengan pemain industri serta meneroka peluang kerjasama strategik yang dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh program latihan kemahiran di IKBN Peretak.
Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan pendidikan TVET melalui hubungan erat bersama industri, sekali gus melahirkan graduan yang lebih kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.
