- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 15
LAWATAN KERJA PENGARAH KEMAHIRAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA (BPKB) KE IKBN PERETAK
14 Julai 2026 (Selasa) – Pengarah Kemahiran, Encik Mohd Sukri bin Ismail, telah mengadakan lawatan kerja ke IKBN Peretak sejurus selesai Mesyuarat Kerja Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Lawatan tersebut diiringi oleh Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri binti Md. Shariff, bersama Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar serta ketua-ketua cawangan dan jabatan bagi menyambut serta mengiringi delegasi sepanjang sesi lawatan.
Sepanjang lawatan, delegasi dibawa meninjau keseluruhan kawasan persekitaran IKBN Peretak serta melihat pelbagai projek inovasi yang telah disusun bagi program tersebut. Lawatan ini turut memberi peluang kepada Pengarah Kemahiran untuk memperoleh gambaran yang lebih menyeluruh mengenai pengoperasian, kemudahan, serta inisiatif inovasi yang dilaksanakan di IKBN Peretak dalam usaha memperkukuh kecemerlangan institusi.
