IKBN PERETAK TUAN RUMAH DAN PEMPAMER BAGI PROGRAM HARI TERBUKA PPD HULU SELANGOR 2025

     
    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak bukan sahaja menjadi tuan rumah, malah turut dijemput sebagai pempamer sepanjang program Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Selangor 2025 yang berlangsung meriah selama tiga hari, bermula dari 25 hingga 27 September 2025.

    Hari Terbuka ini telah menarik kehadiran orang ramai dengan penganjuran pelbagai aktiviti dan pameran serta perkhidmatan daripada pelbagai institusi pendidikan. Dalam pameran ini, IKBN Peretak mengambil peluang untuk mempromosikan kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan serta mempamerkan hasil kerja kreatif para pelajarnya.

    Antara yang menjadi tumpuan pengunjung termasuk pakaian pengantin perempuan serta busana baju melayu lelaki hasil pelajar bidang fesyen dan pakaian. Beberapa kepala patung yang di dandan pelajar perekaan gaya rambut dan paparan meja serta lipatan napkin oleh pelajar program penyajian. Pameran oleh IKBN Peretak ini dilihat sebagai platform terbaik untuk memberi pendedahan langsung kepada pelajar sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat mengenai hala tuju kerjaya dan pendidikan yang ditawarkan dalam sektor kemahiran TVET.

    Majlis Penutup Hari Terbuka PPD Hulu Selangor 2025 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Rizam bin Ismail, Ahli Dewan Negeri N01 Sungai Air Tawar merangkap Exco Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna Negeri Selangor diiringi oleh Pegawai PPD Hulu Selangor serta Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Peretak dalam upacara perasmian penutup.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.