PROGRAM CITRA IBADAH - CINTAI SOLAT & CINTAI AL QURAN 2025

    IKBN Peretak - Unit Hal Ehwal Islam, Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak telah melaksanakan Program Citra Ibadah - Cintai Solat dan Cintai Al-Quran pada 26 hingga 28 September 2025. Program ini melibatkan penyertaan pelajar seramai 144 orang yang terdiri daripada pelbagai jurusan di kalangan pelajar semester 1. Objektif utama program ini adalah memberi pengetahuan dan kesedaran tentang bagaimana mendirikan solat dan bacaan Al quran yang sempurna sebagai seorang muslim.

    Pelbagai pengisian dan aktiviti dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung antaranya ceramah, LDK, praktikal wuduk, tayamum, solat, sesi soal jawab diantara pelajar dengan penceramah daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta fasilitator yang dilantik daripada Caliph Soul Konsultan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.