IKBN PERETAK TURUN PADANG: GUNTING RAMBUT PERCUMA BERSAMA KOMUNITI SERENDAH

    IKBN PERETAK TURUN PADANG: GUNTING RAMBUT PERCUMA BERSAMA KOMUNITI SERENDAH

     
    10 Januari 2026, Serendah – Jabatan Teknologi Kosmetologi IKBN Peretak telah bekerjasama dengan Masjid Perodua, Serendah dalam menjayakan Program Gunting Rambut Percuma sempena persediaan pembukaan sesi persekolahan 2026. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk berbakti kepada masyarakat sambil mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari.

    Seramai 12 orang pelajar Semester 4 bersama 2 orang pegawai Jabatan Teknologi Kosmetologi telah terlibat secara langsung dalam memberikan perkhidmatan gunting rambut kepada 122 orang kanak-kanak dan komuniti setempat, di bawah seliaan Puan Syazana Binti Dzulkefli, Ketua Jabatan Teknologi Kosmetologi. Program ini berjalan lancar dengan sokongan padu daripada pihak masjid dan komuniti setempat.

    Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan memberi pengalaman bermakna kepada para pelajar, khususnya dalam memperkukuh kemahiran praktikal serta pengurusan pelanggan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha memperkasakan kemahiran pelajar di samping merapatkan hubungan IKBN Peretak dengan komuniti setempat.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.