- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 112
PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS DI IKBN PERETAK 'LANCAR & TERATUR'
IKBN Peretak, 12 Januari 2026 - Peperiksaan Akhir ILKBS telah berlangsung dengan jayanya di Dewan DAHA, IKBN Peretak, melibatkan seramai 330 orang pelajar. Pada hari ini, peperiksaan bagi Subjek Umum telah dijalankan merangkumi Bahasa Inggeris 1, Bahasa Inggeris 2, Bahasa Inggeris 3, Teknologi Maklumat 1, Teknologi Maklumat 2 serta subjek Elektif Kemahiran Bakeri dan Pastri Administrative Function.
Secara keseluruhannya, peperiksaan telah berjalan dengan lancar dan teratur. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran pelaksanaan peperiksaan ini.
