IKBN PERETAK UNGGULI JUARA LITAR GO-KART PERTUBUHAN BELIA HUSEL 2026

    IKBN PERETAK UNGGULI JUARA LITAR GO-KART PERTUBUHAN BELIA HUSEL 2026

     
    26 April 2026 (Ahad), Petaling Jaya – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak membuktikan taringnya apabila berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dalam program Juara Litar Go-Kart Pertubuhan Belia HUSEL 2026 yang berlangsung di MyKart Raceway @ Tropicana Sport Centre, hari ini.

    Program anjuran Kelab Belia Jatidiri Felda Gugusan Sg. Dusun (KBJFGSD) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor ini telah menjadi medan persediaan rapi buat atlet IKBN Peretak.

    Pertandingan yang melibatkan seramai 40 orang peserta ini dibahagikan kepada dua kategori utama. Berikut adalah pencapaian wakil IKBN Peretak bagi Kategori Wanita, Juara (Tempat Pertama): Nur Tasneem binti Abdullah dan bagi Kategori Lelaki Naib Juara (Tempat Kedua) Muhammad Aiman bin Mohd Abizar.

    Penyertaan IKBN Peretak dalam kejohanan ini bukan sekadar untuk mengejar kejuaraan, malah merupakan persediaan awal dan pemanasan enjin bagi menghadapi temasya Sukan ILKBS Kali Ke-38 yang bakal berlangsung di IKTBN Chembong pada 11 - 14 Mei 2026.

    Prestasi cemerlang ini membuktikan komitmen IKBN Peretak dalam melahirkan atlet permotoran yang kompetitif di peringkat agensi dan kebangsaan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.