PROGRAM "VOICES OF LADIES"

    PROGRAM "VOICES OF LADIES"

     
    KUALA LUMPUR, 26 April 2026 (Ahad) – Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) dengan kerjasama Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) telah berjaya menganjurkan program "Voices of Ladies", sebuah inisiatif khas untuk memperkasakan golongan wanita muda.

    Program ini dimulakan dengan pengisian utama iaitu forum bertajuk "Pemerkasaan Generasi Muda: Akses, Maruah dan Sistem". Sesi tersebut mengupas pelbagai isu kritikal berkaitan hak dan peluang belia dalam mendepani cabaran masa kini, serta kepentingan menjaga maruah diri dalam sistem masyarakat yang serba mencabar.

    Seramai 38 orang pelajar bersama 2 orang pegawai pengiring dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah hadir bagi menyertai program ini. Kehadiran mereka memberi impak positif melalui penglibatan aktif dalam sesi soal jawab dan diskusi sepanjang forum berlangsung.

    Kerjasama strategik antara YBCare dan IDB ini membuktikan komitmen berterusan agensi terlibat dalam menyediakan platform yang inklusif bagi membentuk generasi muda yang lebih berdaya saing dan berintegriti.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.