- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 20
JELAJAH SUKAN MALAYSIA AKTIF KOMUNITI ORANG ASLI - IKBN PERETAK SERTAI PROGRAM SEBAGAI PEMPAMER TVET
16 November 2025 – IKBN Peretak hari ini turut serta dalam Jelajah Sukan Malaysia Aktif Komuniti Orang Asli, sebuah program yang dianjurkan oleh Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia, bertempat di Kampung Orang Asli Serigala, Hulu Bernam, Selangor.
Sebagai pempamer, IKBN Peretak mempromosikan peluang pendidikan TVET kepada masyarakat setempat dan berkongsi maklumat mengenai laluan kerjaya kemahiran. Turut dibawa bersama ialah Jabatan Fesyen dan Pakaian, yang menarik perhatian komuniti melalui aktiviti Do It Yourself – Jahitan Kreatif, iaitu pembuatan bookmark sebagai aktiviti santai dan interaktif.
Penyertaan ini memberi pendedahan awal kepada masyarakat Orang Asli, khususnya para pelajar yang kebanyakannya bersekolah di SMK Gedangsa, mengenai peluang pengajian yang relevan dan bermanfaat di IKBN Peretak.
IKBN Peretak akan terus komited menyantuni komuniti, menyampaikan maklumat bermanfaat, dan memperluas kesedaran mengenai pendidikan TVET demi masa depan belia yang lebih cerah! 
