- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 28
PROGRAM CHIT CHAT RAKAN MUDA SANTUNI BELIA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Kuala Lumpur, 19 November 2025 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima jemputan daripada International Malaysian Professionals, Accountants and Consultants (IMPACT) Integrated untuk menyertai Program Chit Chat Rakan Muda MADANI bersama Backbenchers Club (BBC) Parlimen. Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk terlibat secara langsung dalam sesi perkongsian bersama wakil rakyat dalam suasana yang lebih santai dan terbuka.
Program berbentuk forum ini menampilkan interaksi dua hala antara Ahli Parlimen dan pelajar, termasuk slot khas Kuasa Orang Muda (KOM) yang bertujuan meningkatkan kesedaran berkaitan hak sivil serta literasi demokrasi dalam kalangan belia. Pendekatan santai ini membolehkan peserta lebih berani bersuara dan berkongsi pandangan mereka.
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, turut berkongsi pengenalan yang menyentuh beberapa isu penting seperti kempen anti pornografi, kepentingan sukan renang sebagai kemahiran seumur hidup serta pemerkasaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan belia. Beliau juga menyentuh isu semasa negara serta langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan bagi menanganinya.
Program ini diteruskan dengan sesi sembang santai bersama YB Puan Syerleena Binti Abdul Rashid (Ahli Parlimen Bukit Bendera), YB Young Syefura Binti Othman (Ahli Parlimen Bentong) dan YB Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj (Ahli Parlimen Segamat).
Seramai empat orang pelajar IKBN Peretak menyertai program ini dan turut berpeluang melawat Dewan Rakyat serta Dewan Negara, sekali gus memberi pengalaman bermakna yang dapat membuka minda dan membentuk pemikiran mereka agar lebih matang dan holistik terhadap isu semasa.
Seramai empat orang pelajar IKBN Peretak menyertai program ini dan turut berpeluang melawat Dewan Rakyat serta Dewan Negara, sekali gus memberi pengalaman bermakna yang dapat membuka minda dan membentuk pemikiran mereka agar lebih matang dan holistik terhadap isu semasa.
