- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 29
KELAB SATRIA MUDA IKBN PERETAK AKHIRI AKTIVITI KOKURIKULUM DENGAN PROGRAM CHALLENGE TRAIL
IKBN Peretak, 3 Julai 2026 – Kelab Satria Muda IKBN Peretak menutup siri aktiviti kokurikulum sesi 1/2026 menerusi penganjuran Challenge Trail yang berlangsung meriah pada petang Jumaat.
Program tersebut menguji ketahanan fizikal, kecerdasan mental dan semangat setiakawan melalui lima checkpoint yang perlu disempurnakan. Kemuncak cabaran ialah misi mencari hadiah misteri yang disembunyikan di dalam belon yang terapung dan bertaburan di kolam, sekali gus mencetuskan suasana ceria serta menguji ketangkasan dan kerjasama setiap kumpulan.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Normahsyuri binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Challenge Trail dan pertandingan Giant Ball yang diadakan pada dua minggu sebelumnya.
Penganjuran program ini berjaya mengeratkan hubungan antara pelajar dan pegawai penyelaras, di samping memupuk budaya hidup sihat, aktif serta semangat berpasukan dalam kalangan warga IKBN Peretak.
