- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 12
PROGRAM EKSPRESI BAKAT ILKBS CUNGKIL KREATIVITI 28 PELAJAR IKBN PERETAK
IKBN Peretak, 3 Julai 2026 (Jumaat) - Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), IKBN Peretak telah menganjurkan Program Ekspresi Bakat Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Tahun 2026 di Perpustakaan IKBN Peretak bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif, menarik dan menyeronokkan.
Program yang disertai 28 orang pelajar daripada pelbagai kursus itu menampilkan aktiviti Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster bertemakan 'Jiwa Merdeka Malaysia MADANI'. Melalui aktiviti ini, para peserta diberi ruang untuk menzahirkan kreativiti serta menghayati semangat cintakan negara, perpaduan dan nilai-nilai Malaysia MADANI.
Penganjuran program ini berjaya mencapai objektifnya apabila turut membantu meningkatkan kemahiran insaniah, keyakinan diri, semangat kerjasama dan daya saing sihat dalam kalangan pelajar. Selain itu, penglibatan aktif peserta menunjukkan sambutan yang baik sepanjang program berlangsung.
Secara keseluruhannya, Program Ekspresi Bakat ILKBS berjalan lancar dan memberi impak positif kepada pembangunan sahsiah serta bakat pelajar. Pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan pengisian yang lebih pelbagai bagi menarik lebih ramai penyertaan.
