KEM PERDANA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) PERINGKAT ZON TENGAH TAHUN 2026

    KEM PERDANA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) PERINGKAT ZON TENGAH TAHUN 2026

     
    7 Mei 2026, APBM Batu Gajah – Seramai 90 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) daripada lima Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) antaranya adalah IKBN Peretak, IKBN Kinarut, IKTBN Dusun Tua, IKTBN Sepang dan IKSN Kuala Langat telah berkumpul bagi menjayakan program Kem Perdana MPP Peringkat Zon Tengah Tahun 2026.

    Program ini berlangsung selama empat hari bermula 4 hingga 7 Mei 2026 ini telah diadakan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak.

    Kursus ini dikelolakan oleh IKBN Peretak selaku tuan rumah, dengan jalinan kerjasama strategik bersama APBM Port Dickson. Sinergi ini bertujuan memastikan modul kepimpinan yang disampaikan adalah berkualiti dan relevan dengan cabaran belia sekarang.

    Program ini berakhir dengan majlis penutup yang dirasmikan Puan Normahsyuri binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak. Diharapkan Kem Perdana Majlis Perwakilan Pelajar Peringkat Zon Tengah Tahun 2026 akan menghasilkan semangat baharu dalam kalangan ahli MPP untuk berkhidmat dengan lebih efisien sekembalinya mereka ke institusi masing-masing.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.