KEMPEN DERMA DARAH IKBN PERETAK 2026

    KEMPEN DERMA DARAH IKBN PERETAK 2026

     
    IKBN Peretak, 10 Ogos 2026 (Isnin) – Kempen Derma Darah yang berlangsung hari ini di Perpustakaan, IKBN Peretak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga IKBN Peretak dan para peserta yang hadir untuk menyumbangkan darah.

    Menurut kemas kini daripada Pusat Darah Negara (PDN), seramai 80 orang hadir untuk menderma darah, manakala hanya 35 orang sahaja telah disahkan layak untuk menderma.

    Pihak PDN menyasarkan sebanyak 30 beg darah dapat dikumpulkan menerusi kempen yang dianjurkan ini. Sambutan yang diterima jelas menunjukkan keprihatinan dan semangat warga IKBN Peretak dalam membantu mereka yang memerlukan.

    Walau bagaimanapun, sebahagian peserta tidak dapat menderma atas faktor kesihatan dan kelayakan antaranya, tidak mencapai umur minimum 18 tahun; bacaan hemoglobin (Hb) rendah; dan mengalami masalah kesihatan seperti demam dan selsema.

    Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma yang hadir dan memberi sokongan terhadap program ini. Sumbangan darah yang diterima amat bermakna dalam membantu menampung keperluan bekalan darah negara.

    Kempen ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan untuk memupuk budaya derma darah dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.