5 Februari 2026 – Satu kempen derma darah di IKBN Peretak dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN). Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga institusi dan masyarakat setempat mengenai kepentingan menderma darah bagi menyelamatkan nyawa.
Seramai 75 orang telah mendaftar sebagai penderma sepanjang program berlangsung. Namun demikian, hanya 41 orang berjaya menderma darah selepas melalui proses saringan kesihatan yang ditetapkan oleh pihak Pusat Darah Negara.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma yang hadir dan memberi sokongan terhadap program ini. Sumbangan darah yang diterima amat bermakna dalam membantu menampung keperluan bekalan darah negara.
Kempen ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan untuk memupuk budaya derma darah dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat.
