IKBN PERETAK TERIMA LAWATAN PENANDA ARAS PELAKSANAAN COPTPA TVET

    IKBN PERETAK TERIMA LAWATAN PENANDA ARAS PELAKSANAAN COPTPA TVET

     
    IKBN Peretak, 4 Februari 2024 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima lawatan penanda aras berkaitan pentauliahan dan pelaksanaan Code of Practice for TVET Programme Accreditation (COPTPA) bertujuan meninjau amalan terbaik dalam pengurusan dan penyampaian latihan kemahiran.

    Fokus perbincangan lawatan ini tertumpu kepada aspek penyelarasan dokumentasi, sistem penilaian serta pemantapan kualiti penyampaian latihan agar selari dengan kerangka COPTPA, sekali gus memastikan kredibiliti dan kebolehpasaran graduan TVET terus terpelihara.

    Ketua delegasi, Puan Norehan binti Ali, Ketua Bidang Vokasional, menyatakan penghargaan serta memuji amalan baik yang telah dipraktikkan di IKBN Peretak dan berharap dapat dijadikan rujukan serta dicontohi. Pihak IKBN Peretak turut berharap agar lawatan penanda aras ini dapat menjadi platform perkongsian amalan terbaik serta menyokong usaha pemantapan kualiti program TVET selaras dengan keperluan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.