KUNJUNGAN HORMAT JALINAN STRATEGIK BERSAMA YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK)

    KUNJUNGAN HORMAT JALINAN STRATEGIK BERSAMA YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK)

     
    14 April 2026, IKBN Peretak – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Program ini bertujuan membincangkan potensi pelaksanaan program kolaborasi yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan belia dan komuniti.

    Delegasi YBK yang terdiri daripada seramai lapan orang pegawai telah diketuai oleh Puan Halimaton Saadiah binti Mohd Nawawi, Pengurus Jabatan Pendidikan, Penyelidikan & Modul Insan YBK. Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri binti Md Shariff. Pertemuan dimulakan dengan kata aluan, diikuti tayangan video korporat mengenai IKBN serta YBK bagi memberikan gambaran menyeluruh tentang peranan dan fungsi kedua-dua organisasi.

    Program diteruskan dengan sesi bicara dua hala yang membincangkan cadangan kerjasama, sebelum para delegasi dibawa melawat ke bengkel-bengkel kemahiran di IKBN Peretak. Kunjungan ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai tanda kenangan sebelum majlis bersurai dengan jayanya.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.