- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 17
MENCUNGKIL POTENSI BELIA: LAWATAN KERJAYA SMK DUSUN NANDING KE IKBN PERETAK CETUS INSPIRASI HALA TUJU TVET
Kuala Kubu Bharu, 14 April 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima lawatan daripada 39 orang pelajar Tingkatan 5 bersama 3 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dusun Nanding, Hulu Langat.
Kunjungan ini merupakan inisiatif proaktif pihak sekolah untuk mendedahkan hala tuju kerjaya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selepas tamat persekolahan.
Delegasi lawatan disambut mesra oleh Encik Shahdan bin Zainal, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar yang menyampaikan ucapan aluan, diikuti taklimat ringkas oleh Puan Siti Nurulain binti Mohd Sobri, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar.
Sesi lawatan diteruskan dengan kunjungan ke bengkel bagi memberikan pengalaman interaktif kepada pelajar terhadap kemahiran yang ditawarkan. Pelajar berpeluang menyaksikan demonstrasi Perekaaan Gaya Rambut dan Terapi Kecantikan di Jabatan Kosmetologi serta demonstrasi jahitan di Jabatan Fesyen dan Pakaian.
Selain itu, pendedahan turut diberikan di Jabatan Hospitaliti melalui demonstrasi penyediaan pastri dan makanan. Pendedahan ini diharapkan dapat menyemarakkan minat serta memberi pemahaman yang lebih jelas kepada pelajar mengenai potensi TVET.
Pengalaman menyaksikan kemahiran secara langsung ini penting dalam membina keyakinan diri pelajar. Diharapkan lawatan ini menjadi titik tolak kepada mereka dalam memilih hala tuju kerjaya yang menjamin masa depan gemilang dalam bidang kemahiran.
