IKBN Peretak, 31 Mac 2026 (Selasa) - Darul Quran (JAKIM) Kuala Kubu Bharu telah menganjurkan Kursus Asas Barista dengan kerjasama Jabatan Hospitaliti IKBN Peretak yang berlangsung di The Glass, IKBN Peretak.
Penganjuran program ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada 13 orang peserta dari Program Sijil Pengurusan Masjid dan kakitangan Darul Quran mengenai kemahiran penyediaan kopi dan lain-lain minuman secara profesional. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran insaniah serta membuka peluang keusahawanan dalam industri makanan dan minuman.
Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri binti Md Shariff dan Pengarah Darul Quran, Tuan Haji Ansarullah bin Mohd Hashim bersama pegawai dan kakitangan Darul Quran.
Pihak urusetia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan program dan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
