- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 30
KURSUS ASAS GUNTING RAMBUT TAHUN 2026 ANJURAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA DI IKBN PERETAK
15 September 2026, IKBN Peretak – Seramai 15 orang peserta telah menyertai Kursus Asas Gunting Rambut Tahun 2026 anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Cawangan Kekompetenan Belia (KB) yang berlangsung di IKBN Peretak.
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang asas guntingan rambut melalui pembelajaran teori dan latihan amali. Antara pengisian kursus merangkumi pengenalan kepada asas guntingan rambut, teknik penggunaan peralatan serta kaedah menghasilkan kemasan dan gaya guntingan yang bersesuaian.
Sepanjang kursus berlangsung, peserta telah dibimbing oleh Puan Janefer Farida binti Baharuddin selaku pengajar yang memberikan tunjuk ajar serta bimbingan secara teori dan amali bagi memastikan peserta memperoleh kefahaman serta kemahiran asas guntingan rambut dengan baik.
Penganjuran kursus ini turut menjadi platform kepada peserta untuk menambah nilai kemahiran sedia ada serta memperoleh kemahiran baharu yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang diperoleh juga berpotensi diaplikasikan sebagai aktiviti sampingan, termasuk menawarkan perkhidmatan guntingan rambut secara kecil-kecilan.
En. Mohd Ibrahim bin Yusuf, Pegawai, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), turut menyampaikan ucapan serta penghargaan kepada para peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan kursus.
Majlis Penutup Kursus Asas Gunting Rambut Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri binti Md Shariff, yang turut menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan program serta usaha memperkasa kemahiran para peserta.
Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa kemahiran peserta melalui pendekatan TVET, di samping memberi ruang kepada mereka untuk mengembangkan kemahiran praktikal, kreativiti dan potensi dalam bidang dandanan rambut.
