IKBN Peretak, 21 Ogos 2026 - IKBN Peretak telah melaksanakan Kursus Integriti Anti Rasuah (KIAR) Modul SPRM & ILKBS melibatkan seramai 172 orang pelajar, terdiri daripada 67 pelajar Semester 2 dan 105 pelajar Semester 3. Kursus ini telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 20 hingga 21 Ogos 2026 bertempat di Auditorium, IKBN Peretak.
Kursus ini merupakan modul wajib anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama ILKBS bagi memupuk budaya integriti, akauntabiliti serta membentuk generasi muda yang bebas rasuah dan beretika.
Kursus ini disampaikan oleh En. Norazley bin Mohamed yang mana melalui pelaksanaan kursus ini, para pelajar diharap dapat meningkatkan kesedaran terhadap nilai integriti serta mengamalkan sikap beretika, jujur dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan.
Antara pengisian kursus merangkumi konsep dan definisi rasuah, akta serta undang-undang berkaitan, kesan rasuah, integriti diri dan organisasi, peranan pelajar dalam membanteras rasuah serta penilaian dan refleksi kursus.
