LANGKAH PERTAMA KE DUNIA INDUSTRI! | TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI IKBN PERETAK SIRI 3.2026

    LANGKAH PERTAMA KE DUNIA INDUSTRI! | TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI IKBN PERETAK SIRI 3.2026

     
    Sesi Taklimat Latihan Industri telah berjaya dilaksanakan oleh Cawangan Hubungan Industri IKBN Peretak bagi dua program iaitu Diploma Kemahiran Malaysia Teknologi Fesyen (Rekaan Fesyen) - DPF 34 yang disampaikan oleh Pn. Rofizah, Ketua Jabatan Fesyen & Pakaian, serta Sijil Kemahiran Malaysia Penyediaan Makanan - SHF 03 yang disampaikan oleh Penyelaras Latihan Industri. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan tatacara, etika, tanggungjawab serta persediaan pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar. 📚👔👨‍🍳👗

    Semoga semua pelajar yang akan menjalani Latihan Industri bermula 3 Ogos hingga 30 Oktober 2026 di organisasi masing-masing dapat memanfaatkan peluang ini untuk menimba ilmu, meningkatkan kemahiran dan membina pengalaman berharga dalam industri. 💼✨ Jadilah duta terbaik IKBN Peretak dengan mempamerkan disiplin, profesionalisme dan semangat yang tinggi. Selamat menjalani Latihan Industri dan selamat maju jaya! 💪🌟🇲🇾

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.