- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 78
LAPORAN TAHUNAN 2025 MENYATUKAN WARGA, MERAKAM SEMANGAT
IKBN Peretak, 01 Disember 2025 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah berjaya melaksanakan sesi bergambar mega melibatkan seluruh warga institut termasuklah syarikat kontraktor dan pengusaha kafeteria yang berkhidmat di Institut ini. Sesi bergambar ini telah dilaksanakan pada 17 November sehingga 01 Disember 2025, yang merangkumi sebanyak 46 kumpulan, menjadikannya antara rakaman visual terbesar yang pernah dianjurkan di IKBN Peretak.
Program ini merupakan inisiatif di bawah Rakan Digital IKBN Peretak sebagai persediaan untuk penghasilan Laporan Tahunan IKBN Peretak 2025. Setiap kumpulan dirakam dalam suasana profesional tetapi santai, bagi memastikan imej yang dipaparkan mencerminkan semangat kerja berpasukan, identiti jabatan dan kepelbagaian peranan yang menggerakkan operasi IKBN Peretak.
Selain menjadi pengisian penting bagi laporan tahunan, sesi bergambar ini turut menjadi platform penyatuan warga kerja, para pelajar dan rakan strategik. Semoga paparan visual tahun ini bukan sahaja menjadi kenang-kenangan, tetapi juga sebagai rekod rasmi yang menjadi simbol komitmen dan kekuatan komuniti IKBN Peretak sebagai sebuah keluarga besar yang terus maju ke hadapan.
