IKBN Peretak, 03 Disember 2025 - Sambutan Hari Batik Malaysia 2025 yang berlangsung pada hari ini 03 Disember 2025 bersempena Karnival Komuniti Kraf yang dijadualkan dari 27 November hingga 7 Disember di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Program ini bertujuan memartabatkan seni batik Malaysia sebagai warisan budaya yang unik dan membanggakan.
IKBN Peretak turut menyokong sambutan ini dengan menggalakkan semua pegawai dan kakitangan memakai baju batik Malaysia pada hari berkenaan (Rabu, 3 Disember). Pemakaian batik bukan sahaja memperkukuh identiti nasional, tetapi juga menyerlahkan keindahan seni tradisional yang patut dihargai dan diraikan oleh semua rakyat Malaysia.
