- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 19
LAWATAN AEON DELICATESSEN PERKUKUH KERJASAMA INDUSTRI IKBN PERETAK
9 September 2026, IKBN Peretak – IKBN Peretak menerima kunjungan wakil AEON Delicatessen bagi membincangkan peluang kerjaya dan potensi kerjasama industri bersama Jabatan Hospitaliti terutama Penyediaan Roti. Delegasi diketuai oleh Cik Norjannah Ismail, Pengurus Kanan, Merchandising Support; Cik Auni Salma, Pengurus, Merchandising Support Skill Development; dan En. Yunus Supardy, Pengurus, Bakery Development AEON Delicatessen. Lawatan turut merangkumi sesi taklimat pengenalan IKBN Peretak serta kunjungan ke Bengkel Penyediaan Roti dan Pastri.
Program diteruskan dengan sesi temu duga melibatkan pelajar Penyediaan Roti Semester 3 bagi mengenal pasti calon berpotensi untuk peluang penempatan latihan industri bersama AEON Delicatessen. Inisiatif ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada pelajar serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara IKBN Peretak dan pihak industri.
