TINJAUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN VOKASIONAL KHAS: LAWATAN THE OLIVE TREES KE IKBN PERETAK

    TINJAUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN VOKASIONAL KHAS: LAWATAN THE OLIVE TREES KE IKBN PERETAK

     
    IKBN Peretak, 9 September 2026 (Rabu) : IKBN Peretak telah menerima lawatan penanda aras daripada Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Vokasional) The Olive Trees, Shah Alam, Selangor. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau secara langsung proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar berkeperluan khas dalam bidang Perkhidmatan Dobi, di samping mendalami pendekatan latihan kemahiran, penggunaan peralatan, serta pengurusan bengkel dobi.

    Selain bengkel dobi, delegasi turut dibawa melawat ke bengkel penyediaan makanan, stor, dan restoran bagi bidang Penyajian untuk melihat pengurusan operasi secara fizikal. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai profil IKBN Peretak dan pelaksanaan bidang Perkhidmatan Dobi (Lavanderia) di Bilik Mesyuarat Utama yang dipengerusikan oleh Puan Nurulakmar binti Alias, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan. Turut hadir wakil IKBN Peretak ialah Encik Shahdan bin Zainal, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar serta Encik Mohd Amir Nazri bin Abdullah, Ketua Jabatan Hospitaliti. Delegasi SMPKV The Olive Trees diketuai oleh Pengerusi, Dr. Sofiah binti Ali, disertai oleh barisan pengurusan tertinggi, pengetua dan kakitangan sekolah tersebut.

    Kesimpulannya, lawatan penanda aras ini membuktikan peranan IKBN Peretak sebagai sebuah institusi contoh dalam penyediaan latihan kemahiran bagi golongan pelajar berkeperluan khas. 

    Perkongsian maklumat mengenai pengurusan Lavanderia serta bengkel-bengkel hospitaliti diharap dapat memberikan input bermanfaat kepada delegasi SMPKV The Olive Trees untuk diadaptasi di sekolah mereka. Semoga jalinan hubungan ini dapat diteruskan melalui kolaborasi strategik yang lebih erat pada masa hadapan demi memperkasakan potensi dan masa depan pelajar istimewa di Malaysia.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.