Workwear Design & Marketing Sdn. Bhd., 4 Disember 2025 – Seramai 13 orang pelajar Semester 2 Jahitan Pakaian Wanita telah menyertai Lawatan Pendedahan Industri COPTA 2025 ke syarikat Workwear Design & Marketing Sdn. Bhd.. Lawatan ini turut diiringi oleh Puan Rofizah, En. Azize, En. Suhaizali dan Pn. Zalifah sebagai pegawai pengiring.
Selaian dari melengkapkan struktur kurikulum, lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai reka bentuk pakaian kerja (workwear design), memahami proses pemasaran dan pengurusan industri fesyen secara praktikal, menghubungkan teori pembelajaran di bilik kuliah dengan aplikasi sebenar di industri serta meningkatkan kesedaran pelajar terhadap trend pasaran kerja semasa dalam bidang fesyen dan pakaian.
Melalui Lawatan ini pelajar mendapat pengalaman langsung tentang proses penghasilan pakaian kerja, mengetahui strategi pemasaran dan pengurusan syarikat fesyen, meningkatkan motivasi serta keyakinan untuk menceburi bidang jahitan pakaian wanita secara professional serta membina jaringan hubungan dengan pihak industri sebagai persediaan kerjaya masa depan.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan ILKBS dalam melahirkan modal insan TVET yang kompeten, berkualiti dan berdaya saing. Pendedahan industri sebegini diharap dapat memperkukuh keupayaan pelajar untuk menghadapi cabaran teknologi, trend fesyen serta kehendak pasaran pekerjaan
