Semenyih, Selangor, 25 Jun 2026 – Jabatan Teknologi Fesyen dan Pakaian IKBN Peretak telah berkunjung ke Nohad Sdn. Bhd untuk Program COPTPA bagi subjek Pendedahan Industri.
Lawatan ini melibatkan Ketua Jabatan dan pengajar daripada Bidang Jahitan Pakaian Wanita bersama-sama dengan 19 orang pelajar Tahap 2 Semester 2. Pihak industri telah memberikan sedikit penerangan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan di industri disampaikan oleh Encik Dzul Azrul Bin Azhar selaku CEO NOHAD SDN. BHD,
Lawatan Pendedahan Industri ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang gambaran sebenar bidang pekerjaan, ia merupakan subjek Wajib Lulus kepada pelajar Semester 2 di bawah Program COPTPA. Lawatan dimulakan dengan aktiviti melawat ke semua bahagian production iaitu bahagian sales marketing, administration, fashion designer, kawalan kualiti (QC) dan RND.
Semoga program ini dapat menarik minat pelajar dan memberikan pengetahuan lebih mendalam dalam bidang Fesyen dan Pakaian.
