- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 5
CERAMAH AGAMA BIL 24/2026 - HIKMAH BERPUASA 9 & 10 MUHARRAM
IKBN Peretak, 25 Jun 2026 (Khamis) – Surau Nursalam, IKBN Peretak telah menganjurkan Program Kuliah Maghrib yang bertajuk "Hikmah Berpuasa 9 dan 10 Muharram" yang telah disampaikan oleh Ustaz Zulkifli bin Makhtar. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada warga IKBN Peretak yang hadir bagi menghayati kelebihan amalan sunnah sempena bulan Muharram.
Dalam penyampaiannya, Ustaz Zulkifli menjelaskan bahawa puasa pada 9 Muharram (Tasu'a) dan 10 Muharram (Asyura) merupakan amalan sunnah yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Antara hikmah utama berpuasa pada hari-hari tersebut ialah sebagai tanda syukur kepada Allah SWT atas penyelamatan Nabi Musa A.S. dan kaumnya daripada kezaliman Firaun, di samping membezakan amalan umat Islam daripada amalan kaum Yahudi dengan menggabungkan puasa pada 9 dan 10 Muharram. Selain itu, puasa Asyura juga dijanjikan kelebihan menghapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lalu dengan izin Allah SWT.
Beliau turut mengajak para jemaah agar menjadikan bulan Muharram sebagai permulaan yang baik untuk memperbanyakkan ibadah, memperbaharui azam serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT melalui amalan-amalan sunnah yang dianjurkan.
