- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 22
LIMA PELAJAR SERTAI “YOUTH CAMP: KEMAHIRAN ASAS PERKHEMAHAN” ANJURAN JBS SELANGOR
KUALA KUBU BHARU, 9 November 2025 – Seramai lima orang pelajar telah menyertai program “Youth Camp: Kemahiran Asas Perkhemahan” yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBS Selangor) bertempat di Beting Rimbayu Campsite, Kuala Kubu Bharu.
Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran asas perkhemahan seperti pemasangan khemah dan aktiviti water confidence.
Hanya 20 orang belia berumur 18 hingga 30 tahun terpilih untuk menyertai kem ini. Program diserikan lagi dengan Kehadiran Timbalan Pengarah JBS Negeri Selangor, Pn. Norazreen Bt. Sulaiman yang hadir sepanjang program berlansung dan seterusnya ucapan perasmian penutup program oleh beliau pada akhir sesi program.
Penganjuran program ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam melahirkan belia berdaya tahan, berdisiplin dan bersemangat jati diri tinggi melalui aktiviti.
