PEGAWAI DAN KAKITANGAN IKBN PERETAK SERTAI KURSUS TRAINING OF TRAINERS (TOT) PRODUK BAKERI (DONUT & BOMBOLONI)

    PEGAWAI DAN KAKITANGAN IKBN PERETAK SERTAI KURSUS TRAINING OF TRAINERS (TOT) PRODUK BAKERI (DONUT & BOMBOLONI)

     
    11 November 2025 – Jurusan Penyediaan Roti , IKBN Peretak telah menganjurkan Kursus Training of Trainers (TOT) bertajuk Produk Bakeri (Donut & Bomboloni) bertempat di Bengkel Iris, Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak.

    Kursus ini disertai oleh 15 orang pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pengajian Umum, Jabatan Kosmetologi, Jabatan Fesyen dan Pakaian serta Jabatan Hospitaliti IKBN Peretak dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam penyediaan produk bakeri moden, sekali gus memberi pendedahan praktikal yang boleh dimanfaatkan dalam aktiviti pengurusan pelajar serta program pembangunan sahsiah dan kemahiran.
    Tenaga pengajar kursus terdiri daripada Pn. Hidayah selaku pengajar utama, dibantu oleh Pn. Ros Azida, En. Mohd Noor Alfahizam, Cik Hazwani serta pelajar-pelajar Penyediaan Roti sebagai pembantu amali.

    Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan teknik penyediaan doh, proses penapaian, kaedah penggorengan serta teknik menghias donut dan bomboloni menggunakan pelbagai topping menarik. Kursus ini turut memberi penekanan kepada aspek kebersihan, kawalan kualiti dan kreativiti dalam mempersembahkan produk bakeri.

    Para peserta menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi sepanjang sesi amali dijalankan. Hasil produk yang dihasilkan menampilkan pelbagai gaya dekorasi dan rasa yang menarik, mencerminkan kefahaman serta kemahiran yang diperoleh sepanjang latihan.

    Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan kecekapan serta kemahiran tenaga pengajar dan kakitangan IKBN Peretak dalam bidang bakeri, sekali gus memperkukuh kualiti latihan pelajar TVET dalam bidang hospitaliti.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.