- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 30
Makerspace@ILKBS MENGHUBUNGKAN KEMAHIRAN, KOMUNITI DAN POTENSI
23 September 2026 | Kuala Kubu Bharu: - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak terus memperkukuh pelaksanaan TVET melalui Program Pemantapan Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) – Asas Roti dengan pengisian Kursus Penyediaan Pizza yang melibatkan 24 orang murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) SMK Ampang Pecah.
Pelaksanaan program melalui inisiatif Makerspace@ILKBS ini menjadi platform pembelajaran yang menyokong pembangunan kemahiran, kreativiti dan potensi peserta dalam suasana pembelajaran yang praktikal dan inklusif.
Kolaborasi ini mencerminkan komitmen berterusan IKBN Peretak dalam memperluas akses kemahiran vokasional kepada komuniti serta mewujudkan peluang pembelajaran TVET yang lebih inklusif.
