- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 42
MESYUARAT KERJA PEMANTAPAN KURIKULUM DAN PENILAIAN KERJA KURSUS (PKK) BIDANG TEKNOLOGI FESYEN DAN PAKAIAN SIRI 2 TAHUN 2026 BERSAMA PANEL JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNIKAL (TAC)
Anjuran: CPKK IKBN Peretak
Mesyuarat Kerja Pemantapan Kurikulum dan Penilaian Kerja Kursus (PKK) Bidang Fesyen dan Pakaian Siri 2 Tahun 2026 bersama Panel Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC) telah berjaya dilaksanakan pada 25 hingga 28 Ogos 2026 bertempat di RHR Hotel Kajang, Selangor.
Program selama empat hari ini melibatkan seramai 16 orang peserta daripada Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), iaitu IKBN Peretak, IKBN Wakaf Tapai, IKBN Jitra dan IKBN Tanah Merah, serta dua orang Panel TAC yang berpengalaman dalam bidang berkaitan.
Panel TAC yang terlibat ialah Puan Siti Hadrawati binti Kasi bagi bidang Jahitan Pakaian Lelaki dan Puan Sarimah binti Abu Bedor bagi bidang Diploma Teknologi Fesyen.
Pelaksanaan mesyuarat kerja ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan panduan kepada peserta berkaitan penggubalan soalan ILKBS bagi tahun 2026, di samping melaksanakan semakan Penilaian Kerja Kursus (PKK) bersama Panel TAC.
Selain itu, sesi perbincangan dan semakan turut memberi tumpuan kepada persediaan dokumen Pentauliahan Induk ILKBS Siri 1 Tahun 2026 bagi memastikan dokumen dan pelaksanaan penilaian memenuhi keperluan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) serta standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah berpeluang mendapatkan pandangan, bimbingan dan maklum balas secara langsung daripada Panel TAC berkaitan aspek teknikal, kandungan kurikulum, kaedah penilaian serta penambahbaikan dokumen PKK dalam bidang Fesyen dan Pakaian.
Penganjuran mesyuarat kerja ini diharapkan dapat memperkukuh keseragaman pelaksanaan kurikulum dan penilaian antara ILKBS yang terlibat, seterusnya meningkatkan kualiti penyampaian latihan serta tahap kompetensi pelajar dalam bidang Fesyen dan Pakaian.
Usaha berterusan melalui kerjasama antara warga ILKBS dan Panel Jawatankuasa Penasihat Teknikal ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan sistem latihan kemahiran sentiasa relevan, berkualiti dan memenuhi keperluan semasa industri.
