- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 23
CERAMAH AGAMA BIL 28/2026 - (CERAMAH MAULIDUR RASUL) KENAPA PERLU MENCINTAI RASUL SAW
IKBN Peretak, 03 September 2026 (Khamis) - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan Program Ceramah Maulidur Rasul Peringkat IKBN Peretak bertempat di Surau Nursalam IKBN Peretak, selepas selesai solat Maghrib.
Program yang diadakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan menyemarakkan kecintaan warga institut terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping menghayati perjuangan, akhlak dan sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan seharian.
Ceramah yang bertajuk “Kenapa Perlu Mencintai Rasul SAW” telah disampaikan oleh Ustaz Zulkifli bin Makhtar, Penolong Pengarah Kanan Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Dalam penyampaian beliau, Ustaz Zulkifli mengupas kepentingan mencintai Rasulullah SAW serta bagaimana kecintaan tersebut dapat dizahirkan melalui penghayatan sunnah Baginda, mencontohi akhlak mulia serta memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar melalui kata-kata, malah perlu diterjemahkan melalui amalan dan perbuatan dalam kehidupan. Baginda merupakan contoh teladan terbaik dalam aspek kepimpinan, akhlak, kasih sayang, kesabaran dan hubungan sesama manusia.
