MESYUARAT KERJA PENGUKUHAN PENILAIAN KENDIRI ILKBS ZON TENGAH TAHUN 2026

    MESYUARAT KERJA PENGUKUHAN PENILAIAN KENDIRI ILKBS ZON TENGAH TAHUN 2026

     
    📍 Institut Pengurusan Peladang, Tanjung Karang, Selangor
    📅 29 Jun – 01 Julai 2026

    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Kerja Pengukuhan Penilaian Kendiri ILKBS Zon Tengah Tahun 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 29 Jun hingga 1 Julai 2026 di Institut Pengurusan Peladang, Tanjung Karang, Selangor.

    Mesyuarat kerja ini menghimpunkan seramai 27 orang pegawai ILKBS daripada IKBN Peretak, IKTBN Sepang, IKTBN Dusun Tua dan IKTBN Temerloh bagi memperkukuh pelaksanaan sistem penilaian kendiri di ILKBS selaras dengan keperluan semasa serta standard yang ditetapkan.

    Antara objektif utama penganjuran mesyuarat ini adalah memberi pendedahan dan makluman berkaitan panduan portfolio, penyediaan soalan serta pelaksanaan penilaian ILKBS 2026 yang baharu. Selain itu, mesyuarat ini turut bertujuan menyediakan panduan yang lengkap sebagai rujukan bagi memastikan pelaksanaan penilaian di ILKBS dilaksanakan secara seragam, adil dan telus.

    Di samping itu, peserta turut membincangkan kaedah penilaian yang komprehensif dan bersepadu bagi mengelakkan pertindihan dengan arahan pelaksanaan penilaian oleh badan-badan persijilan seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Suruhanjaya Tenaga (ST), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta Malaysian Qualifications Agency (MQA). Mesyuarat ini juga memberi penjelasan berkaitan tugas dan tanggungjawab personel yang terlibat dalam melaksanakan penilaian sebagai sebahagian daripada aktiviti jaminan mutu latihan kemahiran di ILKBS.

    Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Puan Normahsyuri binti Md. Shariff, Pengarah IKBN Peretak. Turut hadir ialah Puan Ts. Nurulakmar binti Alias, Timbalan Pengarah IKBN Peretak, serta Encik Mohamed Syahrani bin Mat Nor daripada Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan.

    Penganjuran mesyuarat kerja ini diharap dapat memperkukuh keseragaman pelaksanaan penilaian di seluruh ILKBS, sekali gus meningkatkan kualiti sistem penilaian dan jaminan mutu latihan kemahiran selaras dengan aspirasi melahirkan graduan TVET yang kompeten, berkualiti dan memenuhi keperluan industri.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.