IKBN PERETAK GEGAR PENTAS INOVASI! BAWA PULANG 6 ANUGERAH DI IDEA'S '26

    IKBN PERETAK GEGAR PENTAS INOVASI! BAWA PULANG 6 ANUGERAH DI IDEA'S '26

    🏆 IKBN PERETAK GEGAR PENTAS INOVASI! BAWA PULANG 6 ANUGERAH DI IDEA'S '26 🎉🔥

    IKBN Peretak, 29 Jun 2026 - Tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen IKBN Peretak atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Rekacipta & Inovasi IDEA'S '26. Delegasi daripada Jabatan Fesyen & Pakaian serta Jabatan Hospitaliti telah membuktikan bahawa kreativiti, inovasi dan semangat luar biasa mampu mengharumkan nama institut dengan membawa pulang enam (6) anugerah yang membanggakan.

    🥇 ANUGERAH EMAS

    Projek: MULTISTITCH CLIMBER LUGGAGE
    👥 Kumpulan: Dara Couture
    📌 Kategori: Teknologi Rekaan Fabrik

    🥈 ANUGERAH PERAK

    ✨ TUHAU AMRA FLOSS – Kumpulan PM (Teknologi Makanan)
    ✨ ORGANIC PANDAN TEA POUCH – Kumpulan PMM (Teknologi Makanan)
    ✨ RELIGHT DRAPES – Kumpulan Batik Nova (Teknologi Rekaan Fabrik)
    ✨ GUARDIAN PACK – Kumpulan One B 2 G (Teknologi Rekaan Fabrik)

    🥉 ANUGERAH GANGSA

    ✨ ECODENIM THERAPEUTIC LOUNGE SET – Kumpulan Stitches (Teknologi Awam, Alam Sekitar & Teknologi Hijau)

    Kejayaan ini merupakan hasil dedikasi, komitmen dan semangat inovasi yang tinggi daripada para pelajar serta bimbingan padu para pensyarah pembimbing. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus mencipta inovasi yang memberi manfaat kepada industri, masyarakat dan negara.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.