Minggu Kesedaran Keselamatan & Kesihatan Sesi 2/2025

    Minggu Kesedaran Keselamatan & Kesihatan' Sesi 2/2025 telah diadakan pada 25 hingga 27 Ogos 2025 bertempat di Auditorium IKBN Peretak.
    Program ini melibatkan seramai 2 orang pegawai IKBN Peretak, 155 orang pelajar terdiri daripada Jabatan Fesyen & pakaian, Jabatan Kosmetologi dan Jabatan Hospitaliti bagi pengambilan baru.
     
    Program ini dimulakan oleh penceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan(JKKP), PDRM, EKSA, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba & Penyelamat, Bahagian Keselamatan Jalan Raya(BKJR) dan PKD.
    Program ini juga memberi pelajaran kepada pelajar dalam pendedahan bagi pencegahan dadah, jenayah buli, teknik balutan & CPR, teknik memindahkan mangsa, pengenalan keselamatan & kesihatan pekerjaan, pengurusan emosi & stress, teknik pemadaman api, pengungsian bangunan dan keselamatan jalan raya.
     
    Objektif program ini adalah bagi memenuhi kriteria pembelajaran modul keselamatan & kesihatan pekerjaan di dalam subjek teknikal serta subjek Core Abilities, disamping memberi kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan kepada pelajar baru kemasukan 2/2025 dan menjadi panduan dan amalan sepanjang pelajar menjalani latihan di institut
     
    Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program yang telah dilaksanakan. Terima kasih dan tahniah diucapkan kerana memberi kerjasama yang terbaik sepanjang program
     
    Disediakan oleh:
    Nur Syuhada bt Ramli
    S/U JKKI

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.