Majlis Untaian Budi Sanjungan Kasih Puan Siti Muhariah Binti Untong

    Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah mengadakan Majlis Untaian Budi Sanjungan Kasih kepada Puan Siti Muhariah binti Untong, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan Gred E10, IKBN Peretak yang telah dinaikkan pangkat ke Pegawai Latihan Gred E12 di IKBN Kemasik, Terengganu.
     
    Majlis ini telah diadakan di The Glass bagi memberi peluang kepada pegawai yang diraikan untuk merakamkan ucapan salam perpisahan serta berkongsi kenangan pahit dan manis sepanjang 14 tahun berkhidmat di IKBN Peretak bermula 1 Jun 2011 sehingga 27 Ogos 2025. Majlis juga diraikan dengan ucapan dari rakan-rakan pengurusan.
     
    Majlis berakhir dengan tayangan video sepanjang beliau berkhidmat di IKBN Peretak serta penyampaian cenderahati, sesi bergambar dan jamuan.
    Seluruh warga IKBN Peretak mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat bakti dan selamat maju jaya di tempat baharu.
     

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.