NIGHT MARKET IKBN PERETAK 'MERIAH, INTERAKTIF & PENUH JIWA USAHAWAN'

    NIGHT MARKET IKBN PERETAK 'MERIAH, INTERAKTIF & PENUH JIWA USAHAWAN'

     
    9 Januari 2026, IKBN Peretak – Karnival Usahawan (Night Market) IKBN Peretak anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Padang Kawad IKBN Peretak dari jam 5.30 petang hingga 11.30 malam. Program ini berjaya menarik penyertaan dan kehadiran warga kampus dalam suasana santai, ceria dan berinformasi.

    Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan termasuk sembilan (9) gerai jualan makanan dan minuman yang diusahakan sendiri oleh pelajar, pemberian pakaian pre-loved secara percuma yang mendapat sambutan menggalakkan, serta pertandingan karaoke bagi mencungkil bakat terpendam. Turut memeriahkan suasana ialah aktiviti santai dan permainan tradisional percuma seperti dam ular gergasi, congkak, dart, karom, sahibba, scrabble dan aktiviti mewarna yang sesuai untuk semua peringkat umur.

    Program ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah IKBN Peretak, Pn. Normahsyuri Binti Md Shariff, bersama Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, En. Shahdan Bin Zainal, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, Pn. Nurulakmar Binti Alias, para pegawai serta penghuni kuarters.

    Karnival ini bukan sahaja menyemai semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar, malah menjadi platform interaktif yang menggalakkan ekspresi diri, interaksi sosial serta memupuk nilai kerjasama dan kreativiti dalam suasana komuniti kampus yang harmoni.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.