PERHIMPUNAN BULANAN IKBN PERETAK: MENGHARGAI USAHA, MENYEMAI ASPIRASI

    PERHIMPUNAN BULANAN IKBN PERETAK: MENGHARGAI USAHA, MENYEMAI ASPIRASI

     
    IKBN Peretak, 8 Januari 2026 – Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, IKBN Peretak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi tempoh Oktober hingga Disember 2025. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Perkhidmatan Awam, bacaan doa dan seterusnya, dengan ucapan dan amanat Pengarah Pn. Normahsyuri Binti Md. Shariff kepada semua pegawai dan kakitangan IKBN Peretak, yang menekankan komitmen bersama untuk terus memperkukuh kecemerlangan institut. Amanat Puan Pengarah turut menjadi pemangkin agar IKBN Peretak terus melangkah lebih jauh pada tahun 2026, seiring aspirasi untuk kekal cemerlang dalam kalangan ILKBS Kementerian Belia dan Sukan.

    Majlis kemudiannya diserikan dengan penyampaian Anugerah Khas Pekerja Terbaik Penggal Keempat kepada Pn. Siti Nurul Ain binti Md Sobri dan Cik Dashaiyani a/p Santhirasekaran. IKBN Peretak turut berbangga atas pencapaian cemerlang apabila meraih Tempat Kedua Pertandingan Inovasi sempena Hari Terbuka TVET Yayasan Raja Muda Selangor di IKTBN Dusun Tua, hasil penyertaan Saudari Nurul Asyikin binti Hasimee, Saudari Aisya Kamelia binti Mohd Jamaluddin dan Saudari Nor Fatini binti Atan dengan bimbingan Pn. Nur Inani Izzati binti Mohd Shariff. Selain itu, Jabatan Fesyen dan Pakaian terus mengharumkan nama institut apabila muncul Johan Pertandingan Ilustrasi Fesyen 3D dalam Festival KEMAS Malaysia melalui Saudari Faiqah Nadhirah binti Mohd Nadzri.

    Sebagai penutup, majlis disempurnakan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Sekretariat Rakan Muda dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi tahun 2025, sebelum diakhiri dengan acara memotong kek bagi meraikan pegawai dan kakitangan yang menyambut hari kelahiran pada bulan Oktober hingga Disember 2025.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.