PAMERAN KERJAYA TVET BUKA MINDA PELAJAR SMK SELAYANG BHARU

    PAMERAN KERJAYA TVET BUKA MINDA PELAJAR SMK SELAYANG BHARU

     
    BATU CAVES, 23 April 2026 – Satu pameran kerjaya berteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah diadakan di Dataran Budi, SMK Selayang Bharu, Batu Caves, anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai peluang kerjaya dalam bidang kemahiran serta membantu mereka merancang hala tuju selepas tamat persekolahan.

    Pameran ini melibatkan pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 dengan pelbagai pengisian menarik termasuk perkongsian maklumat berkaitan laluan pendidikan dan prospek kerjaya. IKBN Peretak antara pempamer yang menampilkan hasil jahitan pelajar Jabatan Fesyen dan Pakaian bertemakan batik, selain menyediakan risalah berkaitan pengambilan pelajar bagi sesi Julai 2026.

    Selain itu, pameran ini turut disertai oleh institusi dan agensi TVET seperti Kolej Komuniti Selayang, Kolej Tingkatan 6 Gombak, Institut Kraf Negara serta beberapa kolej swasta. Penganjuran program ini diharapkan dapat membuka minda pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran, khususnya di Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.