- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 23
LANGKAH GLOBAL IKBN PERETAK: SANTUNI DELEGASI UNNES INDONESIA
23 April 2026, IKBN Peretak - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima kunjungan hormat daripada Universitas Negeri Semarang (UNNES), Indonesia pada 23 April 2026. Lawatan ini melibatkan seramai 20 peserta dan merupakan sebahagian daripada Program Mobiliti Tanpa Kredit UNNES yang sedang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Program yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama IKBN Peretak ini turut diisi dengan sesi perbincangan, tayangan video korporat, sesi bergambar serta perkongsian kepakaran antara kedua-dua institusi. Fokus utama diberikan kepada bidang TVET khususnya dalam Jabatan Fesyen dan Pakaian yang diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan (CoE).
Lawatan ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara IKBN Peretak dan UNNES, di samping meningkatkan kemahiran teknikal serta kebolehpasaran graduan ke arah memenuhi keperluan industri di peringkat global.
