PASUKAN PILIHAN IKBN PERETAK JOHAN KEJUARAAN BOLING KOMUNITI BELIA HUSEL 2026

    PASUKAN PILIHAN IKBN PERETAK JOHAN KEJUARAAN BOLING KOMUNITI BELIA HUSEL 2026

     
    2 Ogos 2026, Petaling Jaya – Kelab Belia Jati Diri FELDA Gugusan Sungai Dusun telah menganjurkan Kejuaraan Boling Komuniti Belia HUSEL 2026 yang berlangsung di Juara Bowling Alley, The Emcorp Strand Mall, Petaling Jaya, Selangor dengan penyertaan daripada pelbagai pasukan belia sekitar Hulu Selangor. IKBN Peretak turut menerima jemputan menyertai kejohanan tersebut sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh hubungan dan semangat kesukanan dalam kalangan belia HUSEL.

    Pasukan Pilihan IKBN Peretak berjaya mempamerkan aksi cemerlang menewaskan pasukan-pasukan belia lain. Kejayaan tersebut melayakkan pasukan menjuarai kejuaraan membawa pulang pingat dan hadiah wang tunai, sekali gus membuktikan komitmen warga IKBN Peretak dalam mengharumkan nama institusi bukan sahaja dalam bidang TVET, malah turut cemerlang dalam arena sukan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.